CHALLENGER Malaysia
-Apa pendapat anda tentang situasi politik di Malaysia?-

Umum mengetahui PRU 14 merupakan ‘mother of elections’. Pada saat ini, ramai rakyat yang merasakan Tun Mahathir menginginkan kuasa dengan mewujudkan satu lagi “UMNO” untuk melawan UMNO/BN manakala Najib pula mewujudkan 1MDB bagi tujuan melesapkan duit rakyat dan kemudiannya menutupi mata rakyat dengan berbagai-bagai projek yang diakhirnya hanya akan jadi beban kepada negara kerana terpaksa menanggung hutang-hutang tersebut.

Parti yang sepatutnya memperjuangkan hak-hak rakyat sudah menjadi parti yang “mengisi poket” pucuk-pucuk pimpinan mereka sendiri. Wakil rakyat yang sepatutnya berhabis duit menjaga kebajikan setempatnya jadi semakin kaya dengan duit GST dan sebagainya. Sebaliknya, rakyat pula yang berhabis duit untuk pemimpin bermewah-mewahan.

Kewujudan parti baru, PPBM dan Pakatan Harapan memberikan sinar harapan buat Malaysia. Saya tidak dapat menafikan kehebatan gandingan 3M (bersama-sama Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz) dalam PPBM sendiri membuktikan walaupun tak sampai setahun parti ini ditubuhkan tetapi parti ini telah berjaya menarik sokongan pelbagai lapisan rakyat khususnya orang Melayu dan anak muda. Sudah tiba masanya kita memerlukan parti yang mengiktiraf anak muda dalam pucuk pimpinan agar suara anak-anak muda ini diangkat dan dipandang serius.

Sejak kebelakangan ini juga kita dapat lihat sayap pemuda Pakatan Harapan semakin aktif dalam mengangkat isu-isu yang berkaitan anak muda dan mahasiswa sehingga mendapat perhatian media dan seterusnya dapat menyelesaikan beberapa isu dengan agak baik membuktikan mereka serius dalam membantu anak-anak muda.

Situasi politik PRU 14 yang akan datang ini, kita dapat lihat 15-20 peratus kumpulan pengundi yang akan jadi penentu adalah daripada kalangan rakyat biasa yang nampaknya semakin jemu dengan permainan politik sehinggakan mengabaikan kebajikan rakyat. Mereka ini adalah 15%-20% daripada pengundi dimana jumlah ini agak besar dan jika mereka memilih untuk tidak keluar mengundi, UMNO/BN akan menang tapi jika pembangkang berjaya menyakinkan mereka untuk mengundi PH, UMNO/BN akan tumbang.

Mereka ini akan mengundi parti yang membawa isu rakyat bukan siapa yang betul siapa yang salah.

Mereka ini akan mengundi parti mana yang merealisasikan harapan bukan parti yang memusnahkan harapan mereka.

-Dalam pendapat anda, apa yang patut jadi dasar keutamaan Malaysia?-

Perangi rasuah yang diusulkan oleh Pemuda Pakatan Harapan merupakan satu isu yang serius. Bagi sesetengah pihak ia mungkin isu yang tidak akan mampu diselesaikan. But nothing is impossible. Cuba kita teliti 8 rangka yang dicadangkan oleh Pemuda Pakatan Harapan seperti separation of power, memberi SPRM kuasa penuh untuk menyiasat individu yang disyaki terlibat dan lain-lain. Saya percaya perkara ini boleh dilaksanakan oleh Pakatan Harapan jika mereka berjaya merampas Kerajaan Persekutuan dalam PRU yang akan datang, memerangi rasuah adalah perkara asas yang kita perlu laksanakan sebelum kita teruskan kepada polisi-polisi yang lain, ia adalah akar umbi kepada pentadbiran kerajaan. Kita memerlukan kerajaan yang telus dan amanah terhadap rakyat. Jika perkara asas ini tidak boleh diubah, macam mana kita nak ubah polisi-polisi yang lain?

-Adakah ia mudah untuk golongan belia mendapatakan maklumat tentang politik?-

Pada tahun 2017, saya yakin kebanyakan anak muda mempunyai telefon pintar dan semuanya hanya dihujung jari, mereka mempunyai akses kepada semua benda. kita boleh baca berita hanya di telefon sama ada secara percuma atau subscribe kepada laman berita yang sedia ada. Cuma info dan berita yang bagaimana kita perlukan untuk bacaan harian kita jika dalam pentadbiran, kita mempunyai dua blok iaitu kerajaan dan juga pembangkang begitu juga dalam media, ada yang pro-kerajaan dan juga pro-pembangkang pesan saya jangan bergantung pada info-info sebelah pihak sahaja, baca kedua-duanya. Baca, fikir dan nilai sendiri kebaikan dan keburukannya kita sebagai rakyat mampu menilai dan jika mempunyai masa yang lebih, lakukan kajian ringkas mengenai berita tersebut, baca laporan-laporan yang berkaitan sebelum kita mempercayai sumber tersebut.

Masalah kita hari ini adalah media tidak diberikan kebebasan yang sepenuhnya untuk melaporkan berita yang sebenar-benarnya. Contoh yang jelas kita boleh ambil, kes 1MDB, tidak semua media berani melaporkan jenayah ini, ada diantara mereka diambil tindakan malah dibuang kerja kerana melaporkan benda yang betul sehinggakan kita terpaksa bergantung dengan media asing.

Dengan mempunyai media daripada kedua-dua belah pihak ini dapat meningkatkan daya pemikiran kritikal kita terhadap satu-satu isu.

-Adakah anda bersetuju untuk menurunkan had umur mengundi daripada 21 ke 18?-

Yes! I strongly agree with this, ini akan memperbanyakkan lagi penggubalan polisi bagi anak muda khususnya, jika hendak diukur mengikut kematangan seseorang ia tidak hanya boleh diukur melalui faktor umur sahaja, saya percaya anak muda sekarang lebih matang pemikirannya dalam menilai. Anak muda sekarang bukan lagi seperti anak muda dahulu. Kita mempunyai pelbagai sumber yang boleh dimanfaatkan dan lebih terbuka terhdap isu-isu yang dihadapi. Malah majoriti daripada ahli NGO/aktivis adalah daripada kalangan anak muda sendiri daripada seawal usia 17 tahun. Saya sendiri bergiat aktif dalam NGO seawal usia 18 tahun. Mengapa kita tidak boleh menurunkan undi kepada 18 sedangkan Akta Umur Dewasa 1971 mentapkan umur dewasa sebagai 18 tahun dan mereka ini tidak lagi tertakluk kepada Akta Kanak-Kanak. Hampir 200 negara telah memberi hak mengundi pada usia 18 tahun dan malaysia masih lagi dalam 10 kumpulan negara yang tetap dengan umur 21 tahun sebagai pengundi. Undi mereka akan membawa perubahan yang sangat besar. Saya mengagumi kesungguhan UNDI18 dalam isu ini, ini satu gerakan yang kita patut berikan sokongan yang sepenuhnya. Do check them out and sign the petition! Help them make a difference. It’s time we lower the minimum voting age at 18.

Age is just a number, not an indicator.

Hidayah, 21, Pelajar Sains Politik